Thursday, May 13, 2010

Gaya Micha..

0 comments

muahahahaha......

*

masa ni dah berpeluh2, tapi mama suruh posing jugak... kasut n spec papa beli kat pasar.. nilah yg dipakai ke hulu ke hilir dalam rumah.. nak solat pun nak pakai kasut..

Tuesday, May 11, 2010

Indon Mari..

0 comments
Pak Long gi outstation ke Indon..
Masa nak gi, punyalah mama pulun pesan FM, nak 5 ketol..
Pastu T-shirt micha yg ada tulis Jakarta sehelai, kekonon feeling2 dah gi Jakarta.. muahaha..
Sgt tak sabar tunggu Pak Long balik..
Bila dia balik... hampehhhh.. mmg bukan kaki shopping, so many xcuse ok.. kekeke.. takde masa la, tak reti nak cari tempat yg jual-jual la.. huhuhu.. hancus impian mama nak FM.. uwaaaaa...
tetapi, jgn sedih... Pak Long ada belikan gift jugak..
*
*
*
Roti pisang yg berharga 25,000.00
*
*

and mama sgt suka roti ni.. seyes sedap!!! kulit dia moist n ada rasa pisang, bila makan, rupanya kat dalam pun ada inti pisang n dalam pisang ada inti lagi.. ada yg di letak cheese, ada diletak coklat, ada yg di letak kaya n jam... sedappppppp... nak lagi pak longggg... kekeke..
*
sebenarnya Pak Long mmg selalu outstation.. Singapore, Indon, India bla-bla-bla.. cuma kali ni dia gi outstation, dia offer nak belikan barang kalau kita nak kirim, tapiiiii... sama gak... hampeh!... FM ku hanya tinggal impian... dia kata dia akan outstation lagi ke batam for 3 months.. Batam? apa ada kat batam? Selain Pak Long, Pak Lang pun nak outstation ke China.. Apa ada kat China? and juga di khabarkan Achik Lan lak nak sambung phd kat Ostrolia (Australia) ujung taun ni.. Achik n anak2 ikut sama menetap kat sana.. Apa ada kat Australia?.. n awal taun aritu, katanya Pak Ude lak ada dapat offer kerja kat Madinah.. Apa ada kat Madinah?.. masing2 pakat gi obersea.. we all satu famili gak dok melapok kat mesia... dahla rumah tak siap, duit lesap, ancaman sihir dan makhluk halus.. sedih tul.. skrg ni jimat cermat lagi nak kumpul duit utk siapkan rumah yg terbengkalai.. sgt sadis hidup kita sekarang.. takpelah, sabar... sabar dan sabar... doa.. doa dan doa... Allah sayang kita.. Insyallah, pasti akan ada balasan dari Allah di atas kesusahan kita hari ini..

"Epi Mama Day!!"

0 comments
Today is mothers day ; for this year (07-05-2010).. Hari ini sepatutnya ibu-ibu akan di layan dengan lebih dan sgt2 baik.. ini bagi menunjukkan betapa kita sayangkan ibu kita.. mereka telah mengendong kita 9 bulan 10 ari, bertarung nyawa melahirkan kita, menjaga siang dan malam waktu kita masih kecil dan sakit, menjaga makan minum dan pakaian kita, menjaga kebajikan dan segala-galanya tentang kita sehingga kita mampu berdiri sendiri tanpa bantuannya.. jadi, terlalu besar pengorbanan seorg ibu.. waktu kita bersedih-ibu peneman kita, waktu kita gembira-ibu di belakang kita.. so, hari ini adalah hari kita mengucapkan terima kasih pada ibu kita.. pagi-pagi mama dah gi umah uwan n wish selamat hari ibu.. n tahun ni paling hazab, no present utk uwan coz ekonomi kita tak stabil di sebabkan rumah yg tak siap2.. n uwan pun faham keadaan mama skrg.. terima kasih mak, dila sayang mak forever n ever..
*
n, for famili kita, papa n micha celebrate mama day dgn cara papa masakkan breakfast kita.. (tu pun mama yg wish, bukannya papa sendiri tetiba terfikir nak masak utk kita.. hai bilalah papa ni nak jadi romantik..)
*
papa masak mee goreng mamak..


taraaaa.... mmmm, bolehla... yg tak bestnya sebab papa letak ikan bilis dalam mee goreng.. tak pernah mama makan mee goreng ada ikan bilis bergelimpangan besar2.. hampir tercekik di situ... muahaha.. anyway, thanks papa..


petang hari, ada celebrate mothers day kat umah uwan.. simple celebration.. menu minum petang.. pengat nangka, eskrem n kek.. as usual, kek from Secret Recipe.. mmg da boom!! kek tajaan pakcu kot..
*
*
Harap-harap tahun depan dapat raikan di rumah baru n mampu belikan uwan hadiah..
*
papa hadiahkan casing HP warna pink.. mahal gila = RM 35... sgt membazir!! mama kata, kat pasar malam jual RM 25 jer.. kalau tawar mungkin boleh dapat RM 20.. rugi RM 15.. anyway, thanks again papa.. please jgn membazir lagi.. simpan duit utk siapkan rumah kita..

Pre-celebrate Mothers Day..

0 comments
Micha bengang coz satu ari tak dapat jalan2 - mama asyik layan cite korea..
Papa kata, malam ni kita jalan. Titik.
Mama dengan berat hati terpaksa menurut perintah.. (alahai.. cite korea tak abis lagi.. cd last..)
Lepas solat maghrib kita kuar.
Dari Klang kita ke Kg Baru, Kuala Lumpur!
Kita pergi pakai tracksuit jer.. Sempoi n selekeh..
Key el kalau malam minggu mmg banyak manusia! Benci.
(ker benci sebab tak abis tengok cite korea lagi.. muahahaha..)
Cari parking sampai kene tawaf 2 kali! Benci jugak.
*
*

Micha yg epii..


Baru abis makan.. papa belanja.. esok (ahad - 7hb Mei) kan mothers day.. papa tanya, nak hadiah apa? mama kata xyah lah.. (baiknya hati... ker sebab otak tak leh pikir sebab hati meronta2 nak tengok cite korea.. muahaha..)


dari kg baru, kita nampak ini.. "papa, jom tgkap gambar kat situ.."



Menggunakan kamera cokia adalah sgt hazab.. nasib baik muka anak dara ni terang.. background lobby twin tower jer yg tak nampak.. tulisan SURIA KLCC pun samar2..


Sgt kesian.. cuma tgkp gambar kat sini jer- tepi jalan.. kete banyak sgt.. n papa pun tak tau nak cari tempat parking yg free.. muahaha.. ada ke benda free kat key-el ni?


on da way balik, nampak ni jugak.. tunjuk kat micha.. micha hepi.. then balik singgah i-city.. tapi jalan jammed sgt2, last2 papa U turn utk patah balik.. huhuhu.. micha dah start nak nangis, pastu mama suruh berenti tepi jalan beli mainan.. ala mainan yg ada lampu.. mcm hello kitty yg dah arwah tu.. tapi kali ni bukan hello kitty, kali ni beli butterfly... dapat mainan barulah nak balik.. anyway tq papa.. we luv u so much..

Majlis Berinai Siri Ke-2..

0 comments
Papa dia org perak..
Opah dia lak mmg ada tanam pokok..
Atok Leman dia lak rajin petikkan daun pokok tu..
Mak Yang dia lak rajin menumbuk...
Mak2 sedara, Sepupu sepapat sebelah papa dia lak mmg suka pakai especially time mlm raya..
So.. haruslah ada gen tersebut dalam badan dia...
*
*
*
Majlis Berinai Siri Ke-2..
*
*
*
Cuma pakai inai colgate yg beli ngan Abg Din (Mydin)..
*
*
*
dannnnn... kali ni, dia nak lebih dari di tangan..
*
*
*

uwaaaaaaa.... oh michaaaaaa....... awatla hang obses sgt ngan inai ni...
*
*
(time pakai inai ni, mata mama tgk cite korea.. tu yg comot semacam.. buat tangkap muat jer- just memenuhi kehendak si anak.. otak tak fokus nak pakaikan inai, lebih fokus kepada cite korea-apa terjadi kat heroin tu? Hero tu cakap apa?.. muahahaha.. sib baik micha kecik lagi, kalau dah besar, harus micha nangis tengok mama pakaikan inai comot2 lagu ni.. muahaha...)

Aktiviti KITA bila penyakit mama menyerang..

0 comments
Sekarang ni, mama dah kembali addict melayan cite korea.. byk cite tak abis tengok lagi.. papa beli about 8 cite, member mama kasi 4 cite.. so, sila kira.. n kalau dah melayan korea, jawapnya, mmg no jalan2.. coz as mention before, cite korea ni at least 16 episod (ada yg sampai 20 episod okee..), satu episod lebih kurang 45-60 minit.. satu cd ada 5 - 6 episod, so sila bayangkan apabila dah terbuka satu cd, berapa masa yg di perlukan utk melayan cite tu.. aktiviti ni kurang mendapat sokongan papa n micha.. jadi papa n micha tak joint mama.. so bila tak pergi jalan, n xde benda nak buat, maka mereka akannnnn...
*
*
*
*
tdooo... kekekeke.. aksi tdo pertama..
*
*

ni aksi tdo lagi, di hari lain lak... (dah berapa hari mereka terpaksa tdo?) ngeh..ngeh..ngeh.. kejam2..
*
*
*
pastu bila micha buka mata..

pandang mama, pandang tv..


"tak abis lagi ke mama cite koya (Korea) ni?"
*
"belummm.. xpelah micha tdo dulu dgn papa.. tak pun, gi umah uwan.. tengok pakcu wat ape... pakcu nak gi tengok baby sara kot.."
*
muahahahaha.... kejam tak? abis tu, selagi cite tak abis lagi.. makan tak kenyang, mandi tak basah, beyak tak cebuk tau!!
*
p/s: harap2 papa tidak menyesal dan serik utk belikan cd koya lagi utk mama... kekekeke..

Monday, May 10, 2010

Sudah Dapat!!

0 comments
Yahooooooo...
*
*
*

Apa yg di idam-idamkan sudah dapat!!!!

*
*
*

2 cerita, 6 cd.. (each cerita 3 cd, 16 episod)

*
*



The Partner - Hero cute gileeee.. n mata heroin bukan juling eik, cuma dia amik gambar buat ala-ala juling jer..


Kim Sam Soon - hero ensem, heroin cute.. cerita kelakar..

*
*
*
mmmmm... sgt teruja utk melayan cerita ini..

Aksesori Crocs..

0 comments
Kat pasar bonet, banyak org jual kasut crocs.. Bila dah banyak org pakai kasut crocs, tetiba sekarang banyak lak org jual aksesori kasut crocs.. pandai betul org yg terpikir nak buat bisnes ni.. betul la teori yg lecturer mama ajar dulu, businessman ni kena creative.. kene buat business benda yg org tak terpikir nak buat n kene pandai dan cepat grab peluang!
Back to the topic, aksesori ni mcm butang baju melayu.. bezanya designnya banyak kartun2 yg cute miut.. masa awal2 kemunculan aksesori ni, harganya mmg mahal.. 3 biji RM 10.. la ni dah murah.. Since kasut crocs yg mama belikan utk micha aritu tak mcm gigirl punya, maka mama pun belikan aksesori tu utk menceriakan kasut micha.. 4 biji RM 5..
sebelum di ubahsuai..
*
*
*
taraaaaaaa....
*
*
*

selepas di ubahsuai.. cantikkan?

Pasar Bonet..

0 comments

Petang sabtu kita ke Pulau Indah, umah Pak Long ada Bacaan Yassin n nak celebrate birthday Abg Fakhrul.. Kita hadiahkan baju Ben 10 jer kat abg Fakhrul.. balik umah semula dalam kul 11.30 malam.. terus tido coz keesokkannya nak bangun awal utk ke Pasar Section 13 @ Pasar Bonet.. Anyway, Epi Birthday Abg Fakhrul.. gambar birthday Abg Fakhrul ada dalam blog famili..


"Epi besday 2u, Epi besday 2u.. Epi besday Abg Fakhrul, Epi besday 2u.."
*
*

k, meh mama ceritakan serba sedikit pasal pasar bonet ni.. manalah tahu, time micha and AD besar nanti, pasar ni dah tak wujud.. pasar bonet ni terletak depan stadium Melawati Shah Alam.. Pasar ni mmg besar n banyak gerai.. ada 3 bahagian;
  • pasar jual barang basah (ikan, sayur mayur, pokok benih - mcm pasar tani),
  • pasar jual makanan n gerai makan..
  • pasar jual barang rumah n pakaian..

selalunya kalau kita tak breakfast lagi sebelum pergi pasar, kita akan isi tangki dulu kat area pasar / gerai makanan.. pasar basah kita jarang pegi sebab harga barang kat pasar basah mahal compare beli kat pasar meru.. al-maklumlah, harga utk org shah alam.. so, kita mmg tak beli barang basah kat pasar bonet ni.. tidak berbaloi bagi mama.. Jadi motif ke pasar bonet bagi mama ialah utk pergi ke area kawasan gerai jual pakaian n kelengkapan rumah... dan, kali ni kita pergi mmg langkah kanan... sebab.. gerai yg jual baju RM 5 sehelai, telah menurunkan lagi harga, RM 5 utk 2 helai... wahhhhh... pengsan kejap!!! Apa lagi, aksi memilih baju mcm aksi dalam cerita korea la.. berebut2.. suka-suka-suka....



2 helai RM 5 okeee... baju yg ada vest tu, kualiti mmg tiptop.. mama plan nak simpan raya.. muahahaha.. aci tak?.. sweater bunga tu lak utk pakai bila balik kg coz mama masih lagi berangan nak singgah cameron highland on da way balik kg... kekeke..


Tees yg branded oke.. Pink plain n Pink ada gambar ceri nak simpan utk pakai raya gak.. so maknanya micha dah ada 3 helai T utk raya berharha RM 7.50.. berbaloi-baloiiii...



Seluar.. sgt cantik n berkualiti.. suar pink pun nak simpan raya utk pakai malam hari kat kg... walaupun kat kg tak gi mana2, tapi org ramai datang umah atok leman, makanya micha still kene pakai baju elok sikit.. suar biru tu dah kena pakai coz mcm just nice je kalau pakai sekarang.. so, tadi RM 7.50 + RM 2.50 (suar pink) = RM 10.00 pakaian utk pakai waktu raya..



Kain skirt ni sgt 'gojes' oke.. mama plan nak beli legging masa nak raya nanti utk match kan dgn skirt ni.. n skirt ni pun nak simpan raya.. so, RM 10 + RM 2.50 = RM 12.50 utk pakaian micha di hari raya..



Suar ni kain dia mmg tip top.. masuk mesin xberbulu.. sama spesis ngan kain baju kiko.. sgt puas hati.. dua-dua ni pun nak simpan raya.. muahahaha... so RM 12.50 + RM 5 = RM 17.50.. jimat-jimat.. alhamdulillah.. rezeki waktu di timpa kesusahan... Terima Kasih Allah.. lepas ni mama hanya perlu cari suar jeans sehelai n baju kurung jer utk micha... T yg beli kat giant (Entri = Made in Giant) aritupun di simpan utk pakai waktu raya.. no more KIKO, KIKILALA or ANAKKU.. pakai jer apa2 brand, janji cantik bagi mama n jimat..


Ape ke hei nya papa dok sengih2 ni.. kekeke.. actually, bukan micha sorang jer yg dapat baju kali ni, papa pun dapat... RM 7.50 sehelai.. kain jenis jersey.. so mmg paberet papa lah ni.. tu yg dia sengih sokmo... kekekeke.. seperti biasa, mama sgt tamak n aso takut kalau next week acik tu tak jual lagi.. makanya mama bukan beli satu, mama beli 4.. total RM 30.. mama sgtlah puas hati ngan kualiti baju ni.. sila lihat model mama bergaya dgn baju yg dibeli...


yg ni papa pilih.. sgt gojes.. koler tak pakai butang, pakai zip.. macam design baju bum oke..

see.. model mama hepi.. senyum sokmo..


this one aso mama suka.. nampak mcm harga RM 7.50 tak? berbaloi-baloi tak? hehehe...


kupiah pesen skrg.. ala yg jual dgn harga RM 45 tu.. kat pasar bonet depa jual RM 25.. ni pesen terbaru keluaran kupiah tu.. ni utk di pakai raya gak.. kenapa beli skrg? sebab bulan 6 ni projek rumah nak mula semula dgn kontraktor baru, mama takut kami kene berhabis duit utk siapkan rumah tu.. dahla duit kami dah lesap, jadi duit yg ada ni lah kena gunakan utk sebaik mungkin... jadi, mana2 yg murah kena beli skrg.. takut nanti bila nak raya, papa tak nak beli.. coz papa ni kalau takde duit, dia mmg xnak beli apa2 utk diri dia.. takkan nak pakai songkok yg dah lusuh tu.. dah 3 kali raya pakai songkok yg sama.. cian papa kan? moga kita dimurahkan rezeki.. insyaallah, Allah ada bersama-sama kita.. kita dapat harungi dugaan ini.. yg penting kita hepi n berfikiran positive..


k, hasil rembatan terakhir di pasar bonet adalah suar track adidas celop.. kekekeke.. kesian kakak yg jual suar ni, time kami nak beli, MBSA angkut khemah dia coz khemah yg dia pakai bukan khemah MBSA.. sib baik dia tak angkut suar track ni.. n suar ni berharga RM 10 sehelai.. kualiti kain mmg di jamin coz mama pernah beli suar ni before utk papa.. mmg puashati la dgn suar ni.. n dah lama mama cari gerai kakak ni (dah lama dia tak niaga), alhamdulillah kali ni pergi pasar, nasib baik terjumpa.. anyway, as mention before, sebelum ni mama ada belikan suar ni utk papa tetapi mama pinjam dari papa utk pakai pegi gym (buruk siku).. pastu suar tu mama tinggalkan kat gym coz konon-kononnya nanti nak gi gym tak yah bawa suar lagi, tapi malangnya dah dekat 5 bulan mama tak gi gym n mama nak gi amik suar tu pun mama takut terserempak ngan abg rahim (instructor gym).. takut dia marah mama coz mama tak disiplinkan diri mama utk ke gym seperti yg dia sarankan... uwaaaaa.... so, mama kene beli suar baru utk papa.. suar, t-shirt n kasut sukan mama yg kat gym tu akan mama amik bila line clear... kekekeke.. (bila la abg rahim tu nak gi dublin tengok anak dia lagi.. lalalala..)
*
*
semua yg di beli adalah utk si anak dan si bapak, si ibunya enggak ada ke? adeeeee.. mama dah ada baju utk raya.. di beli secara berdikit2 dari beberapa bulan sebelum ini...
*
*


taraaaaaa... hijau tu beli kat muaz textile.. biru tu papa belikan masa dia outstation kat terengganu.. batik sutera.. cream tu kain pesen skrg - cotton briskit ke apa namanya.. n merah tu opel.. beli kat jalan TAR.. kain dah ada, tapi tempahnya tak tahu bila...

Penuhkan Es Box..

0 comments
Seperti biasa, ari sabtu adalah hari ke pasar basah.. kita selalu pegi dalam kul 7am.. kekadang xmandi pagi dah terus pergi.. muahahaa.. yelah, balik pasar pun nak kene mandi..
benda wajib yg kene beli kalau ke pasar; udang saiz L 1kg, Sotong saiz M 1kg, Ikan 1kg.. bila balik pasar, udang, sotong dan ikan tu mama packkan dalam bungkusan kecil2.. so bila nak masak, xyah defrost kan semua.. just amik satu plastik je.. (mama dah buat anggaran, satu plastik adalah utk sekali masak..) senang.. kat dalam pic ni pun ada hati ayam, sedekah dari jiran yg berniaga nasi ayam.. alhamdulillah, boleh la di jadikan perencah utk goreng sayur kacang panjang..

this week mama beli terung 2 batang, asparagus RM 3, kacang panjang RM 1, putik jagung.. semua tu mama sealkan supaya tidak rosak.. mama packkan sama macam lauk kat atas.. dipack kecil2 utk sekali masak.. so, sayur xdelah cepat rosak.. ini adalah langkah berjimat cermat..

sayur wajib: timun n bendi (sayur terdesak jika malas masak sayur - buat ulam aje), n carrot micha..


cili benggala utk di padankan dgn asparagus..



petai, tempoyak n betik (betik 1 biji RM 1)



dan buah-buahan, (pelam muda - RM 2 ; makan dgn rojak mak bee or buat kerabu) epal merah n hijau serta lemon..
balik pasar kul 10, kul 12 baru siap bersihkan semua... termasuk es box..



Monday, May 3, 2010

Penyakit Lama Menyerang..

0 comments
Kepala mama pusing... nampak bintang.. blink-blink-blink..
Mata rasa nak terkatup aje.. letak batang mancis pun boleh patah kot..
Menguap mcm dah nak rabak mulut..
uwaaaa... dah la awal bulan, keje menimbun!!!! mencinye!!!
Camne nak wat keje dlm kondisi mcm ni.. Uwaaa.. menyesalnyaaa...

Dah 2 malam mama tidur lewat..
Penyakit lama mama mula meyerang..
Lepas solat isyak, solat hajat n baca yasin mama dah tergocoh2 masuk bilik..
  • On Aircond.. -done!
  • On Kipas.. - done!
  • On DVD - Ambil CD - Sumbat dalam DVD.. tepuk tgn gembira! - done!
  • On TV - pilih Video.. Senyum xcited! - done!
  • Lompat atas katil - landing ala dugong - done!

uwaaaa... mama terjebak lagi dengan mereka
*
*
*
*

Byeoreul Ttada Jwo / Pick the Stars / Wish Upon A Star
*
*
*
start pasang kul 10pm.. satu CD 4 episod with duration 4 jam..
(sila kira pukul berapa mama tido..)
pastu kul 5 pagi dah kene bangun nak gi kerja...
sudah 2 hari hal ini berlarutan...
kalau dah terjebak, mmg sukar nak berundur..
harus kene tamatkan segera.. jika tdk, tak senang duduk..
oleh itu micha dan AD yg lain, sila ambil pengajaran..
jgn sesekali mendekati atau menjebakkan diri dengan aktiviti tidak sihat..
aktiviti yg mama terjebak ni boleh dikira separuh sihat..
sebab kesannya hanya memudarat kemampuan mama bekerja sahaja..
tidak sampai merosakkan nama papa, micha n keluarga yg lain..
ingat ye micha dan anak Amri n Dila (AD) yg lain..
uarrrrgghhh... ngantuk..
actually byk nak cerita pasal aktiviti ujung minggu this week..
tapi...
tunggu kondisi mama stabil semula..
tunggu keje mama settle..
and tunggu mama habis melayan cite korea...
p/s - cerita ni ada 5 cd.. 20 episod.. jalan cite sgt2 best!! sedih + kelakar + romantic... cukup ramuan.. ditambah pulak di lakonkan oleh pelakon yg cute.. sgt superb!

Friday, April 30, 2010

Terima Anugerah lagi..

0 comments
Ni bukan Anugerah Skrin ker, Anugerah Bintang Popular ker, Anugerah Industri Muzik ker ye..
Itu semua takde kaitan dengan karier mama... Mama bukan retis.. tak sesuai!!!!
Oke, ni Anugerah Role Model..
Model? Wah! Cantikkah mama sehingga dapat Anugerah itewwww?
Kekeke... Idaklah... Anugerah Role Model ni utk staf yg mengamalkan service mesra kepada customer n kakitangan.. So mama telah di pilih utk mengenggam anugerah ini.. ini dah kali yg ke-3.. hebat tak? kekeke.. bangga jugalah... maknanya mama ni very dedicated and polite staff.. haruslah micha n AD yg lain mengikuti jejak dan contoh yg baik ni okeee... buat baik ngan org, insyaallah org akan senang nak berurusan dgn kita dan suka dgn kerja kita..
k, tengok hadiah yg dapat...
*
*
*

mama tak buka pun.. simpan jer.. yg 2 hadiah yg sebelum ni pun tak buka lagi.. simpan jugak.. nanti dah bersara baru bukak.. bole? kekeke... (tapi tak bukak pun, tanya lah jugak pada secretariate - hadiah ni mudah busuk ke idak.. manalah tahu buatnya dia bagi tempe, tak ke haru.. kekekeke.. )

Thursday, April 29, 2010

Aksi Micha Colouring..

0 comments
Sekarang ni bila balik kerja, mapa dah jarang main2 ngan micha..mapa sibuk buat solat hajat n baca yassin, so tak dapat nak main dengan micha mcm dulu2.. maka jalan terbaik untuk elak micha bosan dan rasa keseorangan, mapa suruh micha buat colouring.. so micha colour depan mapa baca yassin.. kesian micha.. takpelah nak, sabar... lagi pulak next year micha nak sekolah, so micha kene train buat homework malam2 waktu mapa ada kat rumah ye...
micha tengah colour pokok kismes katanya..

tengok mulut dia.. risau lak mama.. bila dia ralit mengcolour, mulut2 dia ikut sama senget benget..

masa ni jari dah lenguh.. mana tak nya, pengang cryon sikit punya kuat.. tu yg lengoh.. pastu micha suruh mama lak colour.. nak elak mama yg kene suruh, mama suruh dia pusing-pusingkan tangan.. depa-depa tangan.. exercise.. lepas exercise, micha dah ok balik, mama suruh sambung colour semula... kekekeke... bijak tak mama? bijak-bijak-bijak... muahahaha..
(p.s : gambar di tangkap sebelum baca yassin ye.. kang micha ingat mama baca yassin sambil tangkap gambar micha.. tak sesuaii!! baca yassin kena kusyuk, baru Allah makbul doa kita.. ingat ye micha n AD yg lain)

Made in Giant Lagi..

0 comments
Cha kata dia dah besar..
Betul.. sebab baju dah sempit...
baju utk jalan2 dah jadi baju basahan..
sebab = baju tu kelihatan makin mengecil..
jadi kena pakai selalu supaya tak rugi..
mata mama nampak sesuatu yg murah di giant..
tapi.. otak mama berkata, duit byk nak pakai..
lagi pun masa gi lumut dah beli 2 helai ..
total RM 22 (RM 13 + RM 9) dah terbang..
tapi hati mama kata, kesian kat micha..
bila rasa kasihan pada anak, duit bukanlah segalanya..
yg penting anak hepi dan sentiasa comel..
kasut mama dah koyak - tak apa boleh pakai lagi,
handbeg mama zip dah tak lekat - tak apa boleh cover lagi..
tapi bila anak pakai baju sempit..
asyik-asyik pakai baju yg sama..
mula terfikir
aku kerja utk bantu suami dan paling penting utk anak..
maka, mama bulatkan keputusan utk membeli juga..
lagipun MURAH.. why not..
ambil, pejam mata dan bayar..
maka dapatlah
*
*
*
*
2 helai baju yg berharga RM 4.90 each
dan


2 helai yg berharga RM 3.90 each..
seperti biasa,
MAMA SGT TAMAK.. muahahahaha..
Total baju baru micha RM 22 + RM 17.60 = RM39.60!
Cukup utk bulan ini!! FAHAMMM!!!
Tapi..
this week kat stadium shah alam ada metrojaya sale...
raya lagi 4 bulan..
preparation utk raya kena ada..
mcm mana ni? duit nak pakai buat rumah..
dahla kene tipu dengan penyangak bin penyamun..
uwaaaaaaa....
kalau kita tak kene tipu, mama tak perlu berkira2 mcm ni..
ni dah jadi macam hidup masa awal2 kat limbang.. semua nak kira..
Lakhnatlah hidup ko Mohd Adzman Bin Abdullah (Singgol Bin Singgam)!!!!
 

Papa, Mama & AD Copyright 2010 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Wakmizie | All Image Presented by Crazy Wak