Monday, February 1, 2010

Arggg... stresss... rumah impian kami...


Weekend yang stress.. tention ngan progress rumah yang sangat lembab.. start construct 01.01.2010, until 31.01.2010 hanya korek lubang n pasang papan keliling...

tapiiii, papa dah bayar 60k oke? tak taula mama nak marah camne ngan papa ni.. mama ni bukannya queen control n suka marah-marah.. tapi kekadang papa buat keje tak 'semegah'.. tak teliti dan berhati2.. sepanjang mama kahwin ngan papa, byk kali dah org tipu papa, kenakan papa.. puncanya papa terlalu percayakan orang dan bila di ingatkan papa buat acuh tak acuh aje.. tu sebab, kalau mama merajuk, mama yang minta papa pujuk.. sebab papa tak amik serius.. endah tak endah... sedih betul mama.. bengkak mata mama menangis.. 60k bukan sedikit bagi kami... malam tu mama tak boleh tidur... mama buat solat hajat n baca yasin.. papa boleh lagi mendengkur.. macam mana la mama tak hangin.. tu la selalu terjadinya pergaduhan.. sikap papa tak pernahnya nak berubah..

esoknya papa call contractor, then contractor marah2 papa n putuskan talian!! pelik bin ajaib!!! contractor boleh marah tuan rumah... mmg too much contractor ni... menggeletar seluruh badan mama ngan sms2 yg contractor tu hantar pada kami.. tapi mama masih hormat n masih panggil dia en..

"ya allah, aku bermohon padamu ya allah.. permudahkanlah pembinaan rumah kami.. jauhilah dari segala kesulitan dan kesukaran.. jauhilah dari penipuan dan ketidak jujuran.. kau terbitkan lah rasa kasihan dalam hati kontraktor terhadap kami.. aku bermohon pada mu ya allah, ku harap rumah kami dapat di siapkan dengan baik dan sempurna sepertimana yang di janjikan dalam tempoh terdekat ini... aminnn.. aminnn.. amin ya rabalalaminn.."

selepas berperang dengan sms (telefon dia tak nak angkat), kontraktor tu bagitau dia akan buat sampai stage yg sepatutnya 3 minggu dari sekarang.. papa lak mcm tak percaya lagi pada kontraktor tu, dia nak buat polis report.. then mama solat n baca yasin.. lepas solat n baca yasin, naluri hati mama seperti di dorong agar memberi peluang pada kontraktor selama 3 minggu (seperti yg dia janjikan) lagi untuk siapkan stage yg sepatutnya.. so mama pun bagi sms pada kontraktor, minta dia buktikan kata2 dia.. mama bagi tempoh sehingga 22/02/2009.. mama nak tengok progress rumah dah sampai stage yang sepatutnya.. then kontraktor kata insyaallah...

mama berserah segalanya pada Allah.. mama harap, Allah berikan sifat kejujuran dan bertanggungjawap pada kontraktor itu.. hanya Allah yang dapat membantu kami di kala ini.. ya Allah bantulah kami.. kami yakin sepenuhnya pada kuasa mu.. kerana kami dan kontraktor itu hanya menyembah tuhan yang satu, iatu diri-Mu ya Allah... tolongla hambamu yang di dalam kesusahan ini.. Kau permudahkanlah projek pembinaan rumah kami ini.. aminnn...
Pembersihan Tapak


Mando kecik, monitor pakai beskal.. sape tu? abg faris farhana la...


Kayu kayan yang digunakan.. tapak dah di ukur n di pancang..


kekayu kat atas, buat benda ni gak..  pasak umah kot.. (sipi sgt ngan pok rambutan pak ude)


besi panjang, di buat jadi macam ni.. utk pancang tiang and bim (betul ke ejaan ni..) kot..

tapak tadi di korek di bahagian tempat nak letak pasak.. kelihatan atok, kontraktor serta pekerja..


pasak ni di letak kerana kalau kami nak renovate umah dua tingkat, xde masalah.. kukuh.. katanya..


kontraktor pakai semen ready made..


pekerja ni semua rajin-rajin.. buat keje cepat.. cuma kontraktor je xpandai manage barang.. asyik je xde barang, diaorg pun xle la nak wat keje..



macam ni la rupa pasak...


yang ni pasak kat umah depan.. (betul ke nama dia pasak?.. haha.. sukahati aje)

pastu depa letak simen..


ni pasak umah depan (guest room) sebelum di timpa hujan..


ni selepas di timpa hujan... gelapnyaa.. air pun mcm nescafe daaa..


ni la status sehingga 31.01.2010.. air dah penuh merata tempat.. semua lubang-lubang di litupi air..
uwaaa... sedih betulll... kata 01.02.2010 pasir sampai, tapi tak sampai-sampai.. katanya, esok pulak... sapela tak risau.. duit dah bagi 60k, hasilnya??? mendukacitakan...

0 comments on "Arggg... stresss... rumah impian kami..."

Post a Comment

 

Papa, Mama & AD Copyright 2010 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Wakmizie | All Image Presented by Crazy Wak