Thursday, February 11, 2010

Aktiviti Pondok Kuning


Pondok kuning ni di bina untuk aktiviti2 keluarga dan supaya kanak-kanak tak main jauh-jauh... Pondok kuning ni dah 3 kali beralih tempat... mula di bina, pondok ni dok kat depan garaj kete.. (kat area atuk bercucuk tanam)... pastu di ubah kat kolam ikan keli.. then masa besday micha, pondok tu di ubah lagi ke tepi garaj @ depan umah kita...

Every weekend, demi menjimatkan minyak kete dan duit, pondok ni akan di jadikan tempat beriadah dan aktiviti-aktiviti keluarga.. diantaranya, main terup (bukan berjudi ye..), main masak2 dan bergosip... muahahaha...

So, weekend lepas, kami menjalankan aktiviti main masak2.. sebenarnya aktiviti ni tak di rancang macam selalu.. masa bebudak n bapak budak tengah main beskal, bola n badminton (suku sakat terlalu banyak.. pelbagai aktiviti dijalankan oleh mereka-mereka) mak budak bergosip di pondok kuning..

Mak Cik Rumah 2nd Hujung, " Nak masak apa ye malam ni"

Mak Cik Umah Hujung " Ijum ada nasi ayam.. malas nak masak la kat umah.. rasa nak muntah bila masak.. (eceh... feeling tengah preggy la tu...)"

Mak Cik Umah 3rd Hujung, " Kita masak kat sini la malam ni.. akak keluarkan dapur gas.."

Mak Cik Rumah 2nd Hujung, " Kita goreng mee la.. ke kuetiow.."

'Cik Akak' (muahahaha..) Rumah Depan Pondok Kuning, " Haah.. dila pun ada half kuetiow n half mee.. boleh.. boleh.. dila pun malas masak..."

Mak Cik Rumah 2nd Hujung, " Akak nak amik Aqim.. bole le beli sawi n mee lagi.. "

Ahli pondok kuning serentak berkata," Okeeee!!!"

Ini la dia pondok kuning.. ada tv kecik.. baju merah tu makngah.. tengah adjust dapur gas.. micha n fazley tgh joget2 tengok tv.. papa kat tepi masih berkain pelekat.. baru lepas solat maghrib..


hasil pot luck setiap rumah.. tapi ada lagi yg tak sampai.. pot luck dari mama cuma keropok lekor, telur, mee n kuetiow yg separuh2 tu.. (siap berikat getah.. muahaha...)


mak ngah nak rebus balik keropok lekor.. keropok tu dah berbau... (mmmm.. rajinnya mama masakk... hahaha).. kat sebelah pondok yang ber api tu, tgh nak wat bara.. nak bakar kerang..

kerang bakar.. sejak makan kerang bakar kat pantai remis.. dah jadi ketagih lak.. asyik le nak bakar kerang...

aksi tukang masak.. pakcu, aiman n aqim.. aiman n aqim goreng kepok lekor yg dah direbus... (betul la kata makcu.. bila dah rebus, bau kepok lekor tu dah xde...).. waktu-waktu camni la ajar bebudak berdikari masak sendiri.. sebab ramai yg ada utk awasi mereka..

see.. aksi mat rempit lak kat belakang tu...abg faiz and ammar.. mmm... macam2 ragam.. micha pun start buat perangai ngengada.. boring tul.. setiap kali even, mula la nak merengek..

"mama.. nak amik gambar... peace.." erkk.. terlebih satu jari daaaa..

tangkap gambar ngan abang paiz lak.. senyummm... gemuknya michaaa...

gambar makan2 tak amik sebab micha dah start buat perangai n mama pun dah hangin satu badan.. angkut bawak balik, mandi n tidokan.. bila micha dah tdo, mama jenguk luar (kekonon nak tolong kemas barang2) tapi tengok dah clear.. tinggal bapak-bapak budak main terup.. mmm.. joint micha tido arrr...

0 comments on "Aktiviti Pondok Kuning"

Post a Comment

 

Papa, Mama & AD Copyright 2010 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Wakmizie | All Image Presented by Crazy Wak