Monday, April 12, 2010

Pantai Aceh..




Bersiar di hening pagi, menginsafkan diri dan menikmati keindahan ciptaan Ilahi...
mari ikuti perjalanan Mama dan Micha ke pantai aceh - indonesia?.. cewah..


dalam perjalanan ke pantai, kami temui padang ragut.. kuda mbooo sedang meragut rumput.. ada yg kecil, ada yg dah boleh di jual.. ada yg kurus, ada yg bunting.. ada warna putih, ada hitam, ada coklat.. semua berkumpul dipadang untuk mencari makan bersama-sama.. rutin haiwan pun mcm manusia.. pagi-pagi harus bangun untuk cari makan.. manusia of coz lah keluar pergi sekolah ataupun kerjakan?.. so org2 yg malas melebihi mbooo sahaja masih lena berselimut dan meninggalkan solat subuh.. renung-renungkanlah anakku... adakah kita sebagai insan yg di ciptakan ilahi dengan akal fikiran lebih buruk perangai dari sekawan mbooo???

di tepi pantai.. di bawah pokok.. di pangkin usang... kami merenung ke laut.. ombak tidak habis-habis memukul pantai.. pepatah ada mengatakan, kalau takut di lambung ombak, jgn berumah di tepi pantai... begitulah juga dengan kehidupan kita wahai anakku micha.. berhati-hatilah dalam menentukan kehidupanmu..

laut yg terbentang luas.. umpama hamparan biru.. nyaman dan mendamaikan jiwa... sekiranya kelak fikiran micha kusut dengan masalah dunia, kembalikanlah diri micha kepada Nya.. carilah tempat yang mendamaikan.. bukannya berparti atau ke pusat hiburan untuk mencari ketenangan tersebut.. ingatlah anakku..


ingatlah detik-detik ini wahai anakku.. laut umpama tiada penghujung.. seakan bersatu dengan langit... ianya luas terbentang.. kita terlalu kecil utk menyentuh setiap bucu dan ruang lautan... begitu juga dengan ilmu.. terlalu luas.. kejarlah selagi micha terdaya mengejarnya... jangan persiakan peluang yang ada..


kami berjalan lagi.. menuju ke jeti nelayan.. kelihatan banyak lubang-lubang kecil milik si ketam.. ketam-ketam kecil bertempiaran lari masuk ke lubang apabila kami cuba mendekatinya.. kami umpama musuh yang menggugat kehidupan siketam.. tapi ingatlah micha, kita sikit pun tidak marah ataupun cuba mengorek lubang si ketam.. sebaliknya mama suruh micha duduk diam ditepi dan menunggu.. dan akhirnya ketam-ketam itu keluar semula.. begitulah dengna kehidupan kita, apabila kita hendak sesuatu, tapi benda yang kita hendak tu tidak dapat masa tu, cubalah belajar bersabar.. sabar.. sabar... dan sabar... jangan cepat memberontak.. insyallah, Allah akan beri jua bila kita telah berusaha..

selain si ketam, kelihatan anak-anak belacak juga riang bermain-main di gigi muara.. telatah si belacak mencuit hati micha dan mama.. begitulah juga micha dan AD (insyallah) mapa yg lain.. telatah anak-anak mapa membuat mapa tidak terasa penat bekerja.. tidak terasa letih bersengkang mata menjaga ketika kecik dan ketika sakit... kerana Amisha Damia dan AD yang lain adalah penawar dan juga racun bagi mapa..

Hasil laut si nelayan.. alhamdulillah.. rezeki pak nelayan hari ini.. untuk di jual ataupun di jadikan santapan anak-anaknya nanti... esok, lusa adakah rezekinya semurah hari ini?.. hanya Allah yg maha mengehtahui.. begitulah kehidupan kita micha.. hanya Allah yang tahu apa akan terjadi di kemudian hari... oleh itu hargailah apa yang ada  hari ini, jangan micha menyesal di kemudian hari..  kebahagian hari ini tidak menggambarkan kebahagian mendatang.. begitu juga kedukaan hari ini tidak bermakna ianya berterusan, pastinya ada sinar.. insyallah....


wah.. entri.. sungguh penuh makna.. bukan apa, kadang-kadang kena bagi micha dan AD yg lain (insyallah) baca sesuatu yg boleh membuat anak-anak mapa berfikir.. mungkin satu hari, bila mapa tiada di dunia, anak-anak mapa yang berada di dalam kedukaan atau kesedihan, boleh menjadi lebih kuat, tabah dan tenang selepas membaca entri ini... gambar-gambar di rakam di pantai acheh, PULAU INDAH.. bukan indonesia ye ibu2 bapak2.. weekend lepas mama dan micha tido umah pak long.. pagi ahad tu pak long bawa jalan ke pantai acheh.. tu la serba sedikit gambaran pantai acheh, pulau indah.. sekali sekala berjalan di hening pagi, lari dari hiruk pikuk kota dan melihat alam ciptaan Ilahi, membuat kita insaf.. kalaulah papa ada, mesti lagi best kan micha?

0 comments on "Pantai Aceh.."

Post a Comment

 

Papa, Mama & AD Copyright 2010 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Wakmizie | All Image Presented by Crazy Wak