Sila baca entri di bawah, sebelum baca entri ini ye micha n AD yg lain..
Seperti entri sebelum ini, mama bagi tau kita sekeluarga telah di tipu oleh kontraktor jahanam tu.. mama malas dah nak cerita pasal kontraktor sial tu sebab menyakitkan hati dan boleh membuat mapa sedih.. Biar sahaja Allah mengadili semua itu.. tidak di dunia, perhitungan akhirat pasti penyangak tu terima jua.. Doa org teraniaya tiada hijab di sisi Allah.. Apa yg boleh kita buat adalah berdoa dan terus berdoa.. minta dan terus meminta dengan Allah.. Allah Maha Berkuasa dari segala-galanya di muka bumi ini..
Masa mula terima ujian ini, mapa hampir rebah dan meratapi nasib kita sekeluarga.. tapi bila di fikir-fikir balik, alhamdulillah Allah beri ujian seperti ini.. sekurang-kurangnya kita sekeluarga masih kukuh bersama.. papa masih ada mama, mama masih ada micha.. kita masih sihat dan teguh bersama mengharungi dugaan.. dan mapa percaya, setiap ujian yang Allah beri, pasti ada hikmah dan ganjaran di sebaliknya.. hikmah yg mapa nampak sekarang ni ialah mapa sekarang lebih banyak membuat amalan-amalan sunat.. Ganjaran yang kita akan perolehi pula, hanya Allah yg lebih mengehtahui.. Insyallah, kita sekeluarga berjaya harungi ujian ini.. sabar dan teruskan berdoa.. Doa adalah senjata terbaik org Islam.. Minta pada Yang lebih Berkuasa..
Sejajar (wah bahasa analisis dah keluar-actually mama baru abis meeting masa update entri ni.. kekeke.. ) dengan musibah yang menimpa dan ikhtiar demi ikhtiar yang di jalankan, mapa menganjurkan solat jemaah dan bacaan yassin bersama keluarga.. majlis ini di adakan di rumah atok n rumah kita..
Keadaan rumah kita yang telah di bersihkan utk menerima kunjungan tetamu utk bacaan yassin..
Ya allah, makbulkanlah doa kami.. kembalikanlah duit kami yg di ambil oleh Mohd Adzman Bin Abdullah (Singgol Bin Singgam).. sesungguhnya kami tidak menghalalkan duit tersebut di ambil dan di gunakan olehnya walaupun satu sen.. selagi dia tidak kembalikan duit kami dia akan berasa tidak tenteram, tidak boleh tidur walau seketika, fikirannya kusut dan bercelaru dan badannya terasa panas seperti di jilat api neraka.. Sedarkanlah dia dengan kejahatan yang telah dilakukan terhadap kami.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rohim, makbulkan doa kami, doa org yang telah dianiayanya.. Amin-amin Ya rabbal alamin..
Suasana ketika bacaan yassin di rumah kita.. Rumah kita kecil, jadi semua berhimpit-himpit.. uwan n micha duduk kat dapur.. uwan kata waktu baca yassin, micha elok je duduk diam-diam .. sebenarnya micha dah selalu sgt tengok mapa baca yassin.. skrg ni kita jarang tengok tv.. jadi micha dah tahu adab ketika baca yassin.. micha pun baca sama, tapi micha baca "yasinnn.. yasinnn.. bismillahirohmanirohim..." jadilah..
Yaaasinnnnnnnn.... Wal Quranil hakimmm... Mohd Adzman Abdullah, Kau akan terima azab Allah nanti... Tidak kami maafkan apa yg kau lakukan pada kami sekeluarga dan kami haramkan segala yg kau ambil dari kami termasuk makan dan minum kau di rumah kami.. duit kami yg kau ambil, makan dan minum yg masuk dalam tubuh kau, semua itu akan jadi racun dan merosakkan urat saraf kau.. kau terimalah balasan dari Allah swt kerana kau terlalu zalim menganiaya kami yg telah memberi kau job dan peluang sebelum ini..
Lepas bacaan Yasin, semua balik semula ke rumah atok n uwan utk solat isyak. Imam solat isyak adalah Pakcu. Papa bila nak jadi imam? Dengan kita boleh, kenapa dengan ahli keluarga yg lain tak confident? Mama dah nazar, jika rumah kita siap, majlis mcm ni akan di adakan di rumah kita pula.. masa tu harap-harap papa confident jadi imam ye..
Lepas solat, haruslah ada makan2.. Menu : Nasi Ambeng.. Ayam penyek 1/2 ekor each dulang, serunding, sambal goreng and rempeyek.. ayam masak kicap di letak berasingan..
Pencuci Mulut : Anggur (tajaan Pak Long), Tembikai (tajaan Pakcu), Pisang - sendirian bhd (papa beli), Jambu (tajaan pokok Atok), Kuih Puding Jagung & Kasuwi (Tajaan Uwan).. dalam periuk, ayam masak kicap.. siap letak periuk lagi.. presentation adalah berkonsepkan natural.. kekekeke..
Nasi Ambeng semua ada 6 dulang.. Minuman - Air tebu (di taja oleh Uwan, Mak Long and Mak Ngah- sedekah dari abg man-bapak lokman)..
Waktu makan-makan.. semua berkumpul makan kat rumah depan atok n uwan.. kelihatan micha sedang layan air tebu..
Dulang pertama milik keluarga kita+ Achik Alan.. Mama kat dapur waktu ni henjot baby Milla ngan uwan.. beri laluan diaorg makan dulu.. Achik Epit tak tau kat mana waktu gambar ni di ambil..
Dulang kedua milik keluarga pak lang.. Cara makan nasi ambeng adalah sepatutnya seperti cara duduk Pak Lang ye..
Dulang ke Tiga milik Keluarga Pak Ngah.. kelebihan makan nasi ambeng dalam dulang ni adalah supaya ikatan kekeluargaan menjadi lebih rapat dan mesra...
Dulang ke 4 milik keluarga Pak Ude.. alhamdulillah.. suka tengok suasana macam ni.. masing-masing berselera.. tambah lagi mak ude.. banyak lagi kat dapur..
Dulang ke 5 milik keluarga pak cu n atok n uwan.. tapi atok makan dalam pinggan coz dia tak biasa syer makan ngan org.. atok ada resepi tersendiri bila makan.. uwan lak masa ni kat dapur ngan mama tengah enjot baby milla..
Dulang terakhir milik keluarga Pak Long.. kak Wa takde masa ni.. kat asrama.. takpelah, kalau ada rezeki, kita buat kat rumah baru nanti.. harap2 kak wa dapat turut serta masa tu ye..
Suasana ketika kaum lelaki dah bersurai.. tinggallah kaum ibu2 menghabiskan sisa2 yg ada di dulang... Pakcu je kaum lelaki yg ada coz pak cu makan berdua.. mmg tak terhabis..
Mama juga tidak terlepas dari menikmati sisa balance dulang pertama tadi (dulang papa n achik lan).. tapi mama dah convert dari dulang masuk ke dalam pinggan.. banyak gila.. mmg tak terhabis.. sedekah kat meow mak lang la jawabnya.. tengoklah wajah org yg teraniaya.. wajah mama yg sedih dan lesu... tak pelah.. sabar...
Wajah org teraniaya seterusnya.. papa n micha.. kesian anak mama.. sabar ye.. Allah akan tolong kita.. Micha lah inspirasi dan kekuatan kami untuk menghadapi ujian ini.. Moga Allah dengar doa micha.. " Ya allah, siapkanlah umah cha.. biar org jahat tu masuk api neraka".. lillahitaala, itulah doa micha.. mengalir airmata mama bila dengar micha cakap mcm tu.. kecil-kecil dah di bebani dengan dugaan.. takpelah nak, pasti ada ganjaran yg kita perolehi nanti.. sabar ye nak..
Kepada ahli keluarga dan sesiapa yg terbaca blog ini, yg telah mendoakan kami, terima kasih banyak-banyak... hanya allah yg akan membalas jasa anda semua..
0 comments on "Solat Jemaah & Bacaan Yassin"
Post a Comment