Wednesday, March 31, 2010

Arini Papa Balik & Progress Rumah.

0 comments
Yes!! arini papa balik.. Flight tghr.. petang sampaila kot... alhamdulillah..
Nur Amisha Damia pastinya sgt happy..
Esok Mama dah apply cuti even aritu ada meeting TWG website.. mama wakilkan org lain gi.. tp mama rasa ralat n bersalah gak sebab tak attend meeting tu.. tak pe lah.. keluarga lebih penting dari kerja.. (muahaha.. boleh?.. mestila.. org pompuan, famili nombor satu.. second baru kerjaya.. kang kalau sakit, bukan opis mama yg bela mama.. famili yg bela.. so, wateva family come first..)

Sejak kontraktor minta tempoh utk proceed buat rumah (01.04.2010 - arini patutnya start balik), mama tak abis2 baca yasin, berpuasa dan baca seribu dinar (masa dalam kete / berjalan ke mana2).. mulut mama ni tak henti baca seribu dinar.. buat susu micha baca, lipat kain baca.. dengan niat yang satu, minta allah bantu kita.. mama harap sangat projek umah tu mula balik arini dan seterusnya kontraktor tu siapkan cepat.. mama dah malas nak berurusan dengan org mcm ni.. ya allah.. tolonglah.. segala usaha telah aku lakukan untuk memohon pertolongan mu ya allah.. jangan la kau hampakan aku ya allah.. makbulkan lah doa hamba mu ini... jadikanlah hari weekend ini, hari yang gembira bagi kami sekeluarga.. janganlah kami di bebankan dengan masalah yang berkaitan dengan rumah tu lagi.. tolonglah ya allah.. kami bernazar, jika umah siap ngan sempurna, satu majlis doa selamat akan di adakan.. pastu mama n papa akan puasa 3 hari.. moga allah makbulkan doa kami.. aminnn..

Ayat 1000 Dinar..

0 comments


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada ALLAH, maka ALLAH cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. Surah At-Talaq (65), Ayat 2 dan 3.


Ini Ayat Seribu Dinar, ayat ini diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi ALLAH Khidir a.s. ketika berlayar di laut dengan berkata berkat dari amalan ayat ini, hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.Ayat ini mengandungi seribu faedah sekiranya diamalkan setiap kali selepas Solat Fardhu, Insya’ALLAH akan memperolehi banyak faedah & pelbagai manfaat.

Antara Fadhilat & Hikmat AYAT SERIBU DINAR.
  • Barangsiapa yang beramal dengan ayat ini, ALLAH SWT akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, ALLAH SWT akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan ALLAH SWT menunaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada ALLAH, terlindung daripada segala bala bencana di darat dan di laut juga di udara serta di mana-mana sahaja kita berada
  • Dibacakan ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3x dan dihembuskan kepada sipesakit itu dan dijampi pada air sebanyak 3x lalu diberi minum, Insya'ALLAH sipesakit akan sembuh.
  • Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh durjana, beramallah selalu dengan ayat ini setiap selepas Solat Fardhu, mudah-mudahan kita mendapat pertolongan dan perlindungan dari ALLAH SWT terhadap segala kesusahan & penganiayaan yang dialami.
  • Sekiranya masuk berperang & pergi berjihad Fisabilillaah menentang musuh-musuh, tiada lut oleh terbakar (kepanasan api), jika dipukul dengan besi tiada binasa dan tiada mudharat dari sebarang benda & segala sesuatu yang bahaya serta lahir kederat (kekuatan) gagah dan keberanian yang hebat dan luarbiasa sehingga digeruni sekalian lawan & musuh-musuh.

*****

Marilah kita beramal dengan Ayat Seribu Dinar ini dan bertawakal kepada ALLAH, membaca ayat ini (minimum 1x, sebaik-baiknya 3x) setiap selesai Solat Fardhu, ketika hendak tidur dan ketika hendak keluar dari rumah, Insya'ALLAH mudah-mudahan akan mendapat banyak ganjaran dariNya.

Tuesday, March 30, 2010

ESQ.. Mama insaf..

0 comments
Opis mapa mmg mcm pelik, sebab so lambat sambut maulidur rasul.. this is due to our Datuk and team management sibuk... disebabkan diaorg nak joint majlis tersebut, majlis terpaksa delay kepada arini... takpelah, as long opis mapa ingat dan meraikan, ianya dah cukup baik.. dan yg paling penting, kami mendapat input dan kesedaran yg sgt baik di majlis ini..


Penceramah jemputan adalah dari ESQ.. even ceramah cuma 2 jam, tp banyak ilmu yg mama perolehi.. tentang 3 perkara yg perlu ada sewaktu menjalankan tgjwp; P.E.S. =Pysical, Emotional and the most important Spiritual... pastu tentang konsep ehsan, 6 rukun Iman dan pegangan 5 rukun Islam (makna semua benda tu dgn kehidupan harian)... dan yg paling penting bila penceramah menyedarkan kami semua tentang kecintaan pada rasulullah.. mama menitiskan airmata tatkala penceramah menceritakan betapa baiknya akhlak rasulullah dan betapa cinta dan kasihnya rasulullah terhadap kita sebagai umatnya.. cuma, adakah sayang, cinta dan kasih kita pada rasulullah melebihi cinta dan kasihnya? dan adakah kita telah berjaya menanamkan kecintaan terhadap rasulullah dalam diri anak2 kita? mama rasa terpukul... sejujurnya, mama akui micha sekarang suka meliuk-lentok-mengibas mengikut lagak stacy.. nauzubillahhhh... sepatutnya dari sekarang mama kena asuh micha mengikut akhlak rasulullah.. perbanyakkan bercerita tentang rasul, bukan layan cd stacy.. konsert AF yg rata-rata akan membawa akhlak yang tak baik pada micha... mama insaf..

Terima Kasih Allah.... Alhamdulillah kerana menggerakkan hati mama untuk menyertai majlis tadi dan membuka mata mama akan kelalaian mama selama ini terhadap diri sendiri dan juga dalam mengasuh micha mencinta kekasih Mu - Rasulullah SAW...


Gambar sekitar Majlis Ilmu tersebut..




buku aturcara

mama n kengkawan






door gift.. Alhamdulillah.. mama diantara 100 terawal.. so dapat Surah Yassin yang banyak isi kandungan.. 101 dan seterusnya dapat Surah Yasin yang biasa.. Inilah dikatakan diantara fadhilat datang awal di Majlis Ilmu..


Abis ceramah, depa bagi makan.. mineral, buah epal + pear, agar n nasi berani.. alhamdulillah.. mama simpan untuk berbuka petang karang..


Papa sangat rugi kerana tidak turut sama berada di dewan mendengar ceramah...

Adakah Cinta Perlukan Sebab?

0 comments
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
"Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?"
"Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!"
"Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya."
"Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!"
"Tak boleh beri bukti??... Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai..."
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata ;
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :
Sayang,
Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya seperti sekarang, aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantikdan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.

*******
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Wallahualam..

Monday, March 29, 2010

Sesuatu Utk Mama Sendiri..

0 comments
Kenapa isteri bekerja? mestilah untuk bantu suami, untuk anak-anak dan yg paling penting mempunyai duit belanja untuk membeli barang sendiri.. Duit suami, adalah hak suami isteri dan keluarga, tetapi duit isteri adalah hak isteri sendiri.. sukati isteri samada nak guna duit tu utk bantu suami or beri pada org tua nya or anak-anak nya.. so suami yg suka mintak duit isteri, sila lah malu pada diri sendiri.. anda tidak mampu menyara isteri dan anak-anak anda sebenarnya!!!
syukur alhamdulillah, suami mama (papa lah), setakat ni (harap sampai bila-bila), belum pernah minta duit mama.. kalau pinjam sekejap sebab dia tak sempat or lupa cucuk duit, pernahlah.. pastu kalau papa bayar balik, papa akan bayar lebih... muahahaha.. (bukan riba' atau bunga, tapi ianya lebih kepada bonus sebab tolong papa waktu dia lupa...) mama sangat suka kalau mama advancekan duit mama, sebab mama akan dapat bonus tambahan selepas tu... terima kasih papa.. teruskan sifat pemurah hati pada mama ye.. (jangan pada org lain yg tentu lak!!) lagi pun mama and micha, (selain dari atok leman, opah n makyang) kan sememangnya tanggungjawap papa.. jangan berkira sangat dengan kami ye... kekekeke...



K, back to the topic, usia mama makin hari semakin 'matured' (ngeh..ngeh..ngeh).. kulit mama makin hari semakin 'matured' (kekekeke..).. jadi, mama memerlukan sesuatu utk mengekalkan keremajaan mama... (muahahaha..)... mama sedar, mama idaklah sejelita dan selansing sindikrepot ataupun rozitacekwan.. mama sedar, mama ni hanya berhidung pasek, berkulit manggis dan berbadan 'comel' (huhuhu...). Ada org kata, ala kalau dah tak cantik tu wat camne pun tetap macam tu.. (sgt kureng org yg berfikiran mcm tu..) tapi.. pernah tak dengar ada org juga berkata, mengelak lebih baik dari merawat..atau bahasa omputehnya, "Prevention is Better Than Cure".. so, dari mama tak wat apa2, mama harus lakukan sesuatu utk mengelak dari pertambahan senarai kekurangan mama..

Jadi mama telah beli ini...
pembersih muka rania gold


krim siang rania gold, penyegar rania gold

note: kenapalah mama tak sekalikan gambar itu.. lebih jimat ruang kan? mungkin dah terlalu excited ngan barang yg di beli... dah tak leh nak pikir.. muahahaha..

Sesuatu utk mama tu adalah berkonsepkan - Ukur baju badan sendiri... walaupun barang ini tidaklah sehebat SK II, ataupun barang2 solek yg mahal dan berjenama di pasaran, tapi ianya insyallah tetap memberi kesan juga.. kita berusaha, Allah yang menentukan.. dulu mama pakai pencuci muka safi balqis biru, harga around RM 7.90 je (kalau beli kat mydin), la ni mama tukar pencuci muka safi rania gold.. harga mahal sikit, around RM 12.90 (kalau beli kat mydin). Pastu dulu mama pakai krim siang temulawak, harga around RM 2.90(mydin), tapi la ni pakai krim siang safi rania gold gak, harga around RM 8.90 (mydin mari..).. Dulu tak pakai penyegar pun.... muahahaha.. sekarang rasanya dah kena pakai penyegar.. harga penyegar RM 12.90 (harga mydin).. Mama akan berdikit-dikit membeli set penjagaan muka rania gold ni.. walaupun bagi sesetengah org, setnya idaklah mahal mana.. boleh je beli sekaligus, tapi bagi mama, biarlah mama beli sikit-sikit.. duit yg ada 'setoet' tu kene simpan utk siapkan 'rumah cha' (rumah micha)... beli mana yang perlu saja dulu.. betul kan papa? jadi, sila lah amisha damia insaf sekiranya amisha nak minta macam-macam benda yang tak berapa nak penting pada mama n papa.. sewaktu amisha damia dah boleh membaca entri ini, amisha damia dah boleh berfikirkan? Sila muhasabah diri wahai anakku.. mama dan papa sangat berjimat cermat untuk membeli sesuatu barang... cari di pasar dan di mydin sahaja.. takde istilah pavillion ke, the curve ke... so sila contohi mana-mana sikap kami yang baik..
Sebenarnya kalau mama bershopping, adalah amat ganjil kalau mama beli utk diri sendiri sahaja.. mama pasti akan beli sesuatu untuk micha n papa gak.. (tu menunjukkan betapa anda berdua sgt penting dalam hidup mama)... kekadang barang untuk micha tu melebihi dari barang mama sendiri.. kalau untuk mama, selalunya mama cari yg murah2, pastu leh di tanguh-tanguh... tapi kalau untuk micha, asalkan benda tu baik, cantik, menarik, tertarik n da bom, dan mama rasa memang perlu utk micha (harus di hi-lightkan.. takut papa bising.. PAPA:"bukan ke aritu dah beli sepit bear?".. MAMA:"ye dah beli, tapi sepit aritu pendek.. tak dapat cover semua rambut depan micha.. kesian micha, rambut tutup mata.. takleh nak reading book") terus je mama beli..so, selain set penjagaan kulit rania, mama ada beli gak losyen utk lumur kat kulit micha.. kulit micha sekarang semakin rentung dan banyak bekas gigitan nyamuk yg telah menjadi kudis.. so mama beli 2 losyen, satu utk cerahkan kulit (safi - RM2.99) satu lagi hilangkan parut (Franch Oil Lotion - RM 14.90) harga kat mydin mmg murah berbanding supermarket lain.. cuba tgk botol Franch Oil, kalau ikut tampal kat botol RM 16.80, tapi harga mydin jimat RM2.. selain tu, mama jugak beli getah n sepit rambut micha.. pastu ada gak la beli biskut kok bergula (utk buka pose ptg nanti - teringin la pulak) n serbuk koko utk papa.. muahaha.. bukan utk papa lumur kat badan, tapi utk wat kek paverat papa -kek moist.. kan papa nak balik ari khamis ni... (so tunggu entri kek moist eikk)..
hellooooo.. tajuk n3, sesuatu utk mama sendiri kan?... sepatutnya cuma cerita pasal safi rania 3 beradik n biskut kok utk berbuka ptg kang.. apasal cite pasal hasil rembatan di mydin???? benci tau n3 kali ni.. suka lari topikssss... overdose excited lah tu.. so harus stop... layan je lah gambar yg dah di up load..
biskut kok (RM3.00), serbuk koko(RM 2.90), sepit rambut n getah (RM 1 + RM 0.70 + RM 2.90)..

Ubat Selsema Extraordinary

0 comments
Dear Papa,
Micha dah tak demam, tapi hidung masih selesema.

Ubat Selsema Doktor - kat umah kite dah habis. Tunggu papa balik baru gi amik kat klinik. Mama malas nak drive ke Andalas malam-malam lepas balik keje. Bahaya.

Jangan risau, umah uwan ada satu botol lagi Ubat Selesema Doktor. Uwan tak pernah miss kasi. Mama tak risau kalau micha di rumah uwan.

Tapi mama risau kalau micha di umah kite, atau umah mak ngah. Sebab di umah kite cuma tinggal Ubat Selsema Extraordinary. Kat umah Mak Ngah, memang banyak Ubat Selsema Extraordinary. Fazly punya. Mak Ngah pastinya tak menghalang kalau micha memakannya bersama fazly. Mama lak, tak upaya nak halang kalau micha nak makan ubat yg ada dalam peti ais umah kite itewww... Ini semua salah papa, ubat tu papa yang beli sebelum outstation. Sila papa recall memory papa. 5 batang semuanya. Sila jangan salahkan mama sorang kerana tak berjaya menghalang. Sila fahami sifat dan tindakan micha sekiranya mama menghalang.

muka terkejut sewaktu mamarazi amik gambar beliau dan ubatnya..


muka bangga makan ubat selsema pembelian papa..


Har-har-har.. ketawa besar dan berasa sangat2 bangga.. keinginan di perolehi tanpa halangan..
(mama sekadar memendam perasaan.. sobs..sobs..sobs.. mama tak berdaya papa.. maafffff..)


Micha, plis behave urself.. mama harus buktikan pada papa, micha masih dalam keadaan terkawal di bawah seliaan mama.. k, terima kasih...
sekian, laporan untuk papa @ mukah.

Sunday, March 28, 2010

Konsert AF Micha

0 comments
note: BEAR PINK KAT TANGAN FUNCTION AS MICROPHONE..

" jangan nangisss... mama balik petangggggg..." (ayoyo.. pitching lari lahhh)


" jangan nangissss... papa balik petanggggggg" (wah.. siap duduk lagi..)


" adikkk jangan nangisssssss..." (tarik lagi tinggiiii..)

"mama papa balik petangggg...." (muahahaha.. sepenuh perasaan..)

"papa..papa.. kenapa bahh.. papa papa"
(lagu stacy, kenapa bah kau berubah.. tapi dia sebut papa papa.. pastu lengok2 badan.. libas2 rambut mcm peserta af tu wat.. muahahaha.. sgt kelakor tengok aksi micha malam ni.. terhibur ngan konsert AF micha..)

XTVT micha..

0 comments

Sabtu mama bawa micha gi temankan mamabayar bil broadband kat celcom Bukit Raja, pastu singgah Jusco..



mainan baru yg terpaksa di beli.. beg bekal pooh (RM4.95 sahaja..) ngan anak patung..


kudapan puteri papa.. muffin n dorayaki..



close up mainan yg sangat mahal!! sgt membazir!! tapi di sebabkan micha demam, mama rasa kesian pulak tgk mata bulat dia yg berair.. so, terpaksalah mama korbankan duit mama gak... huhuhuhu.. RM 49.90 okeeee!!! sib baik discount 50%.. percaturan yg silap kerana membawa dia ke kawasan larangan... huhuhu..



adik tiri lain mak lain bapak terbaru ngan set baju bajannya..


tengah tukarkan baju adik tiri sambil layan konsert AF yg sgt ntah apa2.. tapi micha suka..





Upah Pakcu

0 comments

terima kasih atas bantuan.. tapi ada lagi penambahbaikan yg mama nak, cuma biar dulu lah.. yg penting, basic yg mama rasa perlu ada dah wujud..

Saturday, March 27, 2010

Jam Mulberry

0 comments
mula-mula, petik mulbery dari pokok..



pastu.. bersihkan mulberry ngan air ..


pastu masuk dalam periuk, masuk air.. and rebus..


rebus sampai menggelegak...




toskan..



then blander ngan air masak..


pastu masukkan gula.. ikut rasa.. kalau nak manis, letak banyak.. kalau tak nak manis, letak sikit..


masak lagi sampai dia pekat..


dah pekat, masuk dalam bekas dan simpan dalam peti ais..



sedia utk dimakan.. nyum..nyum.. jemput makan..

Friday, March 26, 2010

Nak berceloteh jap..

0 comments
N3 before ni.. birthday mamamia sepatutnya mamamicha... mama sengaja tak edit sebab nak bagitau, N3 tu pakcu yg wat.. dia tengah menggodek blog mama supaya menjadi cantik mcm sekarang dan membetulkan balik proses meng up load gambar.. mama sangatlah buta IT dan takde masa nak explore semua benda tu.. makanya mama menggunakan tenaga buruh paksa pakcu untuk enhance blog ni.. ada nampak perubahannya? sgt positif dan terujakan.. kekekeke..

tapi kalau nak bandingkan blog mama ngan blog org lain, pastilah mama dah jauh kebelakang.. follower pun takde coz as mama mention, tak semua org tau mama wat blog kecuali famili sendiri n kengkawan yg boleh berkongsi kisah suka dan duka keluarga kita.. kengkawan yg mama rasa mama trust dan kenal diri mama ni mcm mana.. diaorg kenal kita sekeluarga, peel kita masing-masing.. sebab mama taknak org yg tak kenal baca blog ni dan menyalah tafsir cerita-cerita dalam blog ni.. kalau mama happy dan bercerita dalam blog, bukan untuk menunjuk-nunjuk apa yang kita ada.. tapi utk bagitau mereka yg membaca, itulah yg sedang berlaku dalam hidup kita sekeluarga.. dan juga menjadi kenangan utk micha baca kemudian ari.. dan kalau cerita mama dalam blog marah-marah atau tengah sedih, mama harap famili dan kengkawan kita yg baca dari jauh mendoakan kesejahteraan kita sekeluarga dan ianya juga panduan untuk micha kemudian hari dalam menempuh dugaan.. sebab hidup kita, tidak selalunya indah.. kekadang kita di uji dengan segala macam kemungkinan.. Allah takkan beri ujian kepada kita jika kita tidak mampu mengharunginya.. berdoa..berdoa..berdoa.. mohon..mohon..mohon... sekarang ni kita di uji ngan sikap kontraktor.. ya allah.. permudahkanlah pembinaan rumah kami.. aminnnn..

mamamia.. mcm bunyi satu lagu... kekekke.. kenapa pakcu wat mamamia.. sebab kekadang atok n uwan panggil micha - damia.. tu yg jadi mamamia.. mmg ada gambar birthday mama, tapi mama rasa takyah la masuk.. mama tak pakai tudung... buat kat umah je.. sekali celebrate ngan birthday pakcu... so, tgk gambar kek secret recipe dah la yer.. mmmmm cedapppppp kek tu.. gambar birthday papa pun ada gak, tapi xyahlah.. kisah birthday kami dah basi.. bulan november yg lalu.. dah lama.. so, tunggu kisah birthday tahun ni kalau allah panjangkan umur kami eik..

Apa upah nak bagi pakcu atas hasil kerja yg dia lakukan ni.. pakcu kata nak tgk kl drift.. tapi mama lak nak nengok how to train dragon.. cite katun 3g.. tapi ni pun nak tunggu papa balik.. nak tengok sama ngan papa.. tapi kalau papa balik, tetiba ada masalah lagi ngan projek umah tu, mesti kita tak leh nak pegi... tention tul la ngan rumah ni.. ya allah.. tolongla ya allah.. aku mohon sangat... permudahkanlah pembinaan rumah kami ni.. percepatkanlah supaya kami tak perlu berurusan dengan org yg tak jujur ni lagi.. tolongla ya allah.. kasihan ni lah kami... kami dah berusaha sehabis daya, kami sangat harapkan bantuan mu ya allah... hanya kau yg maha berkuasa di muka bumi ini.. tiada yg lain... aminnnnn...

Birthday Mamamia..

0 comments

Ermm.. sedapnyer kek nie... nk satu boleh???

Thursday, March 25, 2010

Micha wit book..

0 comments
Mama tak tau kenapa mama tak leh upload gambar mcm biasa (mcm mama belajar).. mama guna kaedah yg sangat pelik skrg ni (kaedah sukahati mama, asalkan gambar kuar).. mama dah mintak tolong pakcu tengokkan.. ada tak unsur-unsur 'bahaya' sekiranya gambar di upload ngan cara tu.. muahahaha.. gambar adalah sangat penting di uploadkan dlm blog ini kerana, blog ni merangkap album gambar  n buku cerita kita sekeluarga.. wahai blogku, sila lah enko jangan jahanam akibat kebutaan IT ku ini.. ngeh..ngeh..ngeh...

Sila layan gambar micha.. sekarang dia rajin baca buku.. ops.. bukan baca, tengok gambar.. buat masa ini micha 'buta huruf' lagi (opss!.. agak kasar di situ.. maaffff.. kekeke..).. buat masa ni mama yg jadi tukang penglipulara.. tapi dia cepat boring.. sebab ayat buku sgt skema dan panjang.. maka, mama terpaksa guna ayat sendiri dengan mengaitkan gambar-gambar kartun tu utk bercerita.. baru dia tekun mendengar..  



 sila tengok jari dia.. bukan pada huruf, tetapi pada gambar sahaja..


telah menjadi boring.. sebab sudah habis tengok gambar semua kartun tu... mulut mama pun menjadi sgt letih asyik dok ulang cakap benda yg sama... papa takde nak past baton.. kekeke..

Tapi, sejak kami tinggal berdua, kami menjadi sangat rapat.. mama banyak masa layan micha sebab tak sibuk masak, kemas dapur and etc.. everyday micha akan hug n kiss mama.. pastu selalu mintak mama cuti, tak yah gi keje.. coz micha mungkin takut mama keje lama mcm papa.. micha rindukan papa.. buktinya, micha dah mula demam.. masa malam sebelum demam, micha nak cakap ngan papa.. mama call banyak kali, papa tak jawap.. micha lak asyik suruh call papa.. last-last mama terpaksa tipu yg papa sakit perut.. akhirnya micha tertdo n tak dapat cakap ngan papa.. setengah jam lepas micha tdo, baru papa call.. papa kata dia tak bw hp coz tengah charge hp.. papa gi bilik kwn coz nak check tiket balik.. bilik papa line wifi tak kuat.. akibat tak dapat ckp ngan papa, mlm tu micha asyik merengek n tdo tak lena dan seterusnya demam... sekarang micha demam.. tapi on-off.. kejap sejuk, kejap kang panas balik.. malam ni mama nak lapikkan tdo dia ngan kain pelekat papa lak.. adakah mama akan demam juga?

Kayu-kayan..

0 comments
Papa.. sila tengok.. wajar tak atok tegur akan kualiti kayu tersebut? hanya Allah yang tahu perasaan sakit hati mama papa kontraktor ini.. Moga Allah juga lindungi dan selamatkan kita dan rumah kita ini dari sebarang bencana.. kerana, hanya Allah yang lebih berkuasa dari segala-galanya.. Moga allah memakbulkan doa kita, doa orang-orang yang telah di aniaya.. amin..





 hanya kayu ini yang nampak ok dan baru...
 kayu ni pulak bercampur-campur.. ada yg ok, ada yg tak ok..


keseluruhan kayu yg di order..

 

Papa, Mama & AD Copyright 2010 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Wakmizie | All Image Presented by Crazy Wak