Wednesday, March 31, 2010

Ayat 1000 Dinar..




Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada ALLAH, maka ALLAH cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. Surah At-Talaq (65), Ayat 2 dan 3.


Ini Ayat Seribu Dinar, ayat ini diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi ALLAH Khidir a.s. ketika berlayar di laut dengan berkata berkat dari amalan ayat ini, hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.Ayat ini mengandungi seribu faedah sekiranya diamalkan setiap kali selepas Solat Fardhu, Insya’ALLAH akan memperolehi banyak faedah & pelbagai manfaat.

Antara Fadhilat & Hikmat AYAT SERIBU DINAR.
  • Barangsiapa yang beramal dengan ayat ini, ALLAH SWT akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, ALLAH SWT akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan ALLAH SWT menunaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada ALLAH, terlindung daripada segala bala bencana di darat dan di laut juga di udara serta di mana-mana sahaja kita berada
  • Dibacakan ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3x dan dihembuskan kepada sipesakit itu dan dijampi pada air sebanyak 3x lalu diberi minum, Insya'ALLAH sipesakit akan sembuh.
  • Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh durjana, beramallah selalu dengan ayat ini setiap selepas Solat Fardhu, mudah-mudahan kita mendapat pertolongan dan perlindungan dari ALLAH SWT terhadap segala kesusahan & penganiayaan yang dialami.
  • Sekiranya masuk berperang & pergi berjihad Fisabilillaah menentang musuh-musuh, tiada lut oleh terbakar (kepanasan api), jika dipukul dengan besi tiada binasa dan tiada mudharat dari sebarang benda & segala sesuatu yang bahaya serta lahir kederat (kekuatan) gagah dan keberanian yang hebat dan luarbiasa sehingga digeruni sekalian lawan & musuh-musuh.

*****

Marilah kita beramal dengan Ayat Seribu Dinar ini dan bertawakal kepada ALLAH, membaca ayat ini (minimum 1x, sebaik-baiknya 3x) setiap selesai Solat Fardhu, ketika hendak tidur dan ketika hendak keluar dari rumah, Insya'ALLAH mudah-mudahan akan mendapat banyak ganjaran dariNya.

0 comments on "Ayat 1000 Dinar.."

Post a Comment

 

Papa, Mama & AD Copyright 2010 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Wakmizie | All Image Presented by Crazy Wak