Thursday, March 25, 2010

Micha wit book..


Mama tak tau kenapa mama tak leh upload gambar mcm biasa (mcm mama belajar).. mama guna kaedah yg sangat pelik skrg ni (kaedah sukahati mama, asalkan gambar kuar).. mama dah mintak tolong pakcu tengokkan.. ada tak unsur-unsur 'bahaya' sekiranya gambar di upload ngan cara tu.. muahahaha.. gambar adalah sangat penting di uploadkan dlm blog ini kerana, blog ni merangkap album gambar  n buku cerita kita sekeluarga.. wahai blogku, sila lah enko jangan jahanam akibat kebutaan IT ku ini.. ngeh..ngeh..ngeh...

Sila layan gambar micha.. sekarang dia rajin baca buku.. ops.. bukan baca, tengok gambar.. buat masa ini micha 'buta huruf' lagi (opss!.. agak kasar di situ.. maaffff.. kekeke..).. buat masa ni mama yg jadi tukang penglipulara.. tapi dia cepat boring.. sebab ayat buku sgt skema dan panjang.. maka, mama terpaksa guna ayat sendiri dengan mengaitkan gambar-gambar kartun tu utk bercerita.. baru dia tekun mendengar..  



 sila tengok jari dia.. bukan pada huruf, tetapi pada gambar sahaja..


telah menjadi boring.. sebab sudah habis tengok gambar semua kartun tu... mulut mama pun menjadi sgt letih asyik dok ulang cakap benda yg sama... papa takde nak past baton.. kekeke..

Tapi, sejak kami tinggal berdua, kami menjadi sangat rapat.. mama banyak masa layan micha sebab tak sibuk masak, kemas dapur and etc.. everyday micha akan hug n kiss mama.. pastu selalu mintak mama cuti, tak yah gi keje.. coz micha mungkin takut mama keje lama mcm papa.. micha rindukan papa.. buktinya, micha dah mula demam.. masa malam sebelum demam, micha nak cakap ngan papa.. mama call banyak kali, papa tak jawap.. micha lak asyik suruh call papa.. last-last mama terpaksa tipu yg papa sakit perut.. akhirnya micha tertdo n tak dapat cakap ngan papa.. setengah jam lepas micha tdo, baru papa call.. papa kata dia tak bw hp coz tengah charge hp.. papa gi bilik kwn coz nak check tiket balik.. bilik papa line wifi tak kuat.. akibat tak dapat ckp ngan papa, mlm tu micha asyik merengek n tdo tak lena dan seterusnya demam... sekarang micha demam.. tapi on-off.. kejap sejuk, kejap kang panas balik.. malam ni mama nak lapikkan tdo dia ngan kain pelekat papa lak.. adakah mama akan demam juga?

0 comments on "Micha wit book.."

Post a Comment

 

Papa, Mama & AD Copyright 2010 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Wakmizie | All Image Presented by Crazy Wak