Penceramah jemputan adalah dari ESQ.. even ceramah cuma 2 jam, tp banyak ilmu yg mama perolehi.. tentang 3 perkara yg perlu ada sewaktu menjalankan tgjwp; P.E.S. =Pysical, Emotional and the most important Spiritual... pastu tentang konsep ehsan, 6 rukun Iman dan pegangan 5 rukun Islam (makna semua benda tu dgn kehidupan harian)... dan yg paling penting bila penceramah menyedarkan kami semua tentang kecintaan pada rasulullah.. mama menitiskan airmata tatkala penceramah menceritakan betapa baiknya akhlak rasulullah dan betapa cinta dan kasihnya rasulullah terhadap kita sebagai umatnya.. cuma, adakah sayang, cinta dan kasih kita pada rasulullah melebihi cinta dan kasihnya? dan adakah kita telah berjaya menanamkan kecintaan terhadap rasulullah dalam diri anak2 kita? mama rasa terpukul... sejujurnya, mama akui micha sekarang suka meliuk-lentok-mengibas mengikut lagak stacy.. nauzubillahhhh... sepatutnya dari sekarang mama kena asuh micha mengikut akhlak rasulullah.. perbanyakkan bercerita tentang rasul, bukan layan cd stacy.. konsert AF yg rata-rata akan membawa akhlak yang tak baik pada micha... mama insaf..
Terima Kasih Allah.... Alhamdulillah kerana menggerakkan hati mama untuk menyertai majlis tadi dan membuka mata mama akan kelalaian mama selama ini terhadap diri sendiri dan juga dalam mengasuh micha mencinta kekasih Mu - Rasulullah SAW...
Gambar sekitar Majlis Ilmu tersebut..
mama n kengkawan
door gift.. Alhamdulillah.. mama diantara 100 terawal.. so dapat Surah Yassin yang banyak isi kandungan.. 101 dan seterusnya dapat Surah Yasin yang biasa.. Inilah dikatakan diantara fadhilat datang awal di Majlis Ilmu..
Abis ceramah, depa bagi makan.. mineral, buah epal + pear, agar n nasi berani.. alhamdulillah.. mama simpan untuk berbuka petang karang..
Papa sangat rugi kerana tidak turut sama berada di dewan mendengar ceramah...
0 comments on "ESQ.. Mama insaf.."
Post a Comment